CARA PAKAIAN PENGAKAP
- Memakai pakaian seragam dengan betul dan kemas merupakan satu perkara yang amat penting bagi seseorang Pengakap
- Cara memakai pakaian boleh mencerminkan imej seseorang
- Ingat perkataan ini “Respect yourself , respect your uniform“
Budak Lelaki
- Baju kemeja berlengan pendek warna kelabu asap , leher cekak musang
- Baju kemeja-T mesti masuk ke dalam seluar
- Seluar panjang warna biru tua . Pengakap kanak-kanak dan pengakap muda boleh memakai seluar pendek dengan stoking panjang warna biru tua dan garter warna hijau
Budak Perempuan
- Budak kemeja/kebaya berlengan panjang warna kelabu asap , leher cekak musang
- Di hujung baju tidak boleh berbutang
- Baju tidak dibenarkan masuk dalam seluar
- Kemeja-T mesti masuk ke dalam seluar
- Bagi Pengakap beragama Islam , tudung kelabu asap mesti dipakai
Forege Cap
- Forage cap warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan lilitan kain merah 1/4 “dan berlambang Pengakap (lencana kain)
- Pengakap kelana dan Pemimpin memakai forage cap biru tua jenis 100% polyester dengan lilitan kain kuning 1/4 ” dan berlambang Pengakap (lencana besi)
Skaf dan Wogel
- Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi , warna biru tua dan terdapat jalur putih dan merah di bahagian tepinya
- Skaf jambori/aktiviti hanya boleh dipakai semasa menyertai jambori atau aktiviti-aktiviti tertentu
- Pengakap tidak dibenarkan memakai skaf jambori / aktiviti terutama menghadiri upacara rasmi , istiadat-istiadat tertentu KECUALI di jambori atau aktiviti-aktiviti tertentu
- Bagi Pemimpin / Pesuruhjaya yang telah mendapat anugerah manikayu , beliau boleh memakai skaf Gilwell (Gilwell Scarf)
- Wogel berwarna hitam lambang pengakap diatasnya
- Bagi Pemimpin/Pesuruhjaya yang telah menghadiri kursus kepimpinan manikayu peringkat II , beliau boleh memakai wogel Gilwell (Gilwell wogel)
Tanda Pangkat
Lencana yang dijahit diatas poket sebelah kiri yang menunjukkan pangkat-pangkat dalam sesuatu kumpulan . Warna-warna dan jalur-jalur tertentu menunjukkan unit-unit yang berlainan
Pengakap Kanak-kanak – warna kuning
Pengakap Muda – warna hijau
Pengakap Remaja – warna merah
Pengakap Laut – warna biru
Tiga jalur = Ketua Kumpulan (Group Leader)
Dua jalur = Ketua Patrol (Patrol Leader)
Satu jalur = Penolong Ketua Patrol (Patrol Second)
Lencana-lencana
- Lencana negeri , daerah dan nombor kumpulan dipakai di lengan sebelah kanan (mengikut susunan) = = > Selang 1cm setiap lencana
- Lencana kemajuan (usaha , maju , jaya) di sebelah kanan
- Lencana nama patrol dipakai di sebelah kiri
- Lencana kepandaian di sebelah kiri
- Lencana keahlian dipakai di saku baju sebelah kiri manakala lencana bendera Malaysia di saku baju sebelah kanan
Tali pinggang
Memakai tali pinggang berkepala gangsa yang mengandungi logo Pengakap Malaysia
Kasut
Memakai kasut kanvas hitam bertali
Baju-T
Memakai tali baju-T Pengakap berwarna kelabu asap dengan logo Pengakap Malaysia di atas saku
Wisel
Wisel dengan tali wisel (lanyard) warna biru tua hanya boleh dipakai oleh : Ketua Kumpulan , Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol